• PERADUAN SENSASI BOLA 2018

    Terma & Syarat

    1. Peraduan RED BULL Sensasi Bola! akan berlangsung dari 15 Mei 2018 hingga 30 Jun 2018 (“Tempoh Peraduan”). Allexcel Trading Sdn Bhd (“Penganjur”) berhak untuk memendekkan atau memanjangkan Tempoh Peraduan tanpa memberi sebarang notis terlebih dahulu. Semua penyertaan yang diterima di luar Tempoh Peraduan akan dibatalkan secara automatik.

     

     

    2. Peraduan ini terbuka kepada semua rakyat dan pemastautin tetap Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas (pada 15 Mei 2018) kecuali kakitangan Penganjur dan ahli-ahli keluarga terdekat mereka, termasuk syarikat-syarikat gabungan dan/atau berkaitan, pengedar-pengedar, agensi-agensi pengiklanan dan promosi pihak Penganjur.

     

     

    3. Minuman RED BULL yang turut serta adalah RED BULL Emas 250ml, RED BULL Rendah Gula 250ml dan RED BULL Botol 150ml (“Minuman RED BULL Yang Turut Serta”).

     

     

    4. Untuk menyertai Peraduan:
    a. Beli SATU (1) Minuman RED BULL Yang Turut Serta dari mana-mana kedai Petron yang turut serta semasa Tempoh Peraduan. Satu (1) resit melayakkan peserta kepada satu (1) penyertaan WhatsApp.
    b. Jawab satu soalan: “Peradun RED BULL ini eksklusif untuk pelanggan Petron. Betul/Salah.”
    c. Taip (REDBULL)<jarak>(nombor resit 5 digit terakhir)<jarak>(tarikh resit HHBBTT)<jarak>(jawapan)<jarak>(nombor KP 12 digit)<jarak>(nama) dan WhatsApp ke 017-8871383.
    Contoh: REDBULL 33990 310518 Betul 921122145555 Rahim Ali
    d. Simpan resit asal Petron bertarikh dalam Tempoh Peraduan dengan butiran resit yang sepadan dengan penyertaan WhatsApp sebagai bukti pembelian.
    e. Hanya resit-resit bercetak asal dengan butiran produk yang jelas akan diterima. Salinan resit dan resit cetak semula tidak akan diterima. Pihak Penganjur berhak untuk membatalkan resit-resit yang sukar dibaca, rosak dan diubah.
    f. Setiap hari sepanjang Tempoh Peraduan, Peraduan akan bermula pada pukul 12:00 pagi dan berakhir pada pukul 11:59 malam.
    g. Para peserta hanya boleh menyertai Peraduan ini melalui telefon bimbit sahaja.
    h. Memandangkan talian 017-8871383 adalah talian khas yang disediakan oleh Penganjur, tiada perakuan penerimaan akan dihantar oleh Penganjur berkaitan semua penyertaan yang dikemukakan/dihantar oleh peserta kepada Penganjur melalui WhatsApp. Sebarang pertanyaan/panggilan melalui talian ini tidak akan dilayan.

     

     

    5. Cara pemilihan pemenang:
    a. Hadiah Pertama x 5:
    i. Para pemenang Hadiah Pertama ditentukan oleh jumlah penyertaan layak yang diterima sepanjang Tempoh Peraduan dan dibahagikan dengan 5.5, sebagai contoh: jika terdapat sebanyak 5,253 penyertaan layak diterima, nombor ini akan dibahagikan dengan 5.5 dan dibundarkan kepada nombor bulat paling dekat yang lebih rendah, iaitu 955. Maka penyertaan layak ke-955, ke-1,910, ke-2,865 dan seterusnya akan berpeluang memenangi Hadiah Pertama setiap satu. Jika penyertaan yang disenarai pendekkan dibatalkan kelayakannya, maka penyertaan seterusnya yang terdahulu akan menjadi pemenang layak gantian, sebagai contoh: pemenang layak gantian untuk penyertaan layak ke-955 adalah penyertaan layak ke-954.


    b. Hadiah Kedua x 8:
    i. Para pemenang Hadiah Kedua ditentukan oleh jumlah penyertaan layak yang diterima sepanjang Tempoh Peraduan dan dibahagikan dengan 8.5, sebagai contoh: jika terdapat sebanyak 5,253 penyertaan layak diterima, nombor ini akan dibahagikan dengan 8.5 dan dibundarkan kepada nombor bulat paling dekat yang lebih rendah, iaitu 618. Maka penyertaan layak ke-618, ke-1,236, ke-1,854 dan seterusnya akan berpeluang memenangi Hadiah Kedua setiap satu. Jika penyertaan yang disenarai pendekkan dibatalkan kelayakannya, maka penyertaan seterusnya yang terdahulu akan menjadi pemenang layak gantian, sebagai contoh: pemenang layak gantian untuk penyertaan layak ke-618 adalah penyertaan layak ke-617.


    c. Hadiah Ketiga x 10:
    i. Para pemenang Hadiah Ketiga ditentukan oleh jumlah penyertaan layak yang diterima sepanjang Tempoh Peraduan dan dibahagikan dengan 10.5, sebagai contoh: jika terdapat sebanyak 5,253 penyertaan layak diterima, nombor ini akan dibahagikan dengan 10.5 dan dibundarkan kepada nombor bulat paling dekat yang lebih rendah, iaitu 500. Maka penyertaan layak ke-500, ke-1,000, ke-1,500 dan seterusnya akan berpeluang memenangi Hadiah Ketiga setiap satu. Jika penyertaan yang disenarai pendekkan dibatalkan kelayakannya, maka penyertaan seterusnya yang terdahulu akan menjadi pemenang layak gantian, sebagai contoh: pemenang layak gantian untuk penyertaan layak ke-500 adalah penyertaan layak ke-499.
     

    d. Hadiah Sagu Hati x 35:
    i. Para pemenang Hadiah Sagu Hati ditentukan oleh jumlah penyertaan layak yang diterima sepanjang Tempoh Peraduan dan dibahagikan dengan 35.5, sebagai contoh: jika terdapat sebanyak 5,253 penyertaan layak diterima, nombor ini akan dibahagikan dengan 35.5 dan dibundarkan kepada nombor bulat paling dekat yang lebih rendah, iaitu 147. Maka penyertaan layak ke-147, ke-294, ke-441 dan seterusnya akan berpeluang memenangi Hadiah Sagu Hati setiap satu. Jika penyertaan yang disenarai pendekkan dibatalkan kelayakannya, maka penyertaan seterusnya yang terdahulu akan menjadi pemenang layak gantian, sebagai contoh: pemenang layak gantian untuk penyertaan layak ke-147 adalah penyertaan layak ke-146.
     

    e. Para pemenang yang layak akan dihubungi melalui telefon dan diwajibkan menjawab satu soalan dengan betul sebelum boleh disahkan sebagai pemenang. Sekiranya peserta tidak dapat dihubungi pada cubaan pertama, contohnya, tidak menjawab telefon, nombor telefon tiada dalam perkhidmatan, tiada sambungan, dan lain-lain, dua (2) cubaan lain akan dibuat lagi dalam tempoh 24 jam yang berikutnya selepas cubaan pertama. Sekiranya percubaan-percubaan ini tidak berhasil, pihak Penganjur berhak untuk memilih pemenang layak seterusnya. Pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya peserta-peserta tidak dapat dihubungi atas sebarang sebab. Sekiranya peserta gagal menjawab soalan dengan betul, pihak Penganjur berhak untuk membatalkan kelayakannya dan memilih peserta seterusnya sebagai pemenang.
     

    f. Para pemenang yang layak dikehendaki menghantar melalui Pos Laju/kurier semua resit bercetak asal bertarikh dalam Tempoh Peraduan yang sepadan dengan semua penyertaan WhatsApp berserta salinan Kad Pengenalan dalam tempoh tiga (3) hari bekerja selepas tarikh pemberitahuan sebagai pengesahan bukti pembelian. Sekiranya gagal, pihak Penganjur berhak untuk membatalkan kelayakannya dan memilih peserta seterusnya sebagai pemenang.

     

     

    6. Hadiah-hadiah Peraduan:
    a. Hadiah Pertama x 5: Set Bola Sepak PUMA (1 x Jersi, 1 x Seluar, 1 x Beg galas, 1 x Bola Sepak) bernilai RM796.00 setiap satu.
    b. Hadiah Kedua x 8: Bola Sepak PUMA bernilai RM289.00 setiap satu.
    c. Hadiah Ketiga x 10: Jersi PUMA bernilai RM199.00 setiap satu.
    d. Hadiah Sagu Hati x 35: RM50.00 Baucar aL-ikhsaN setiap satu.
    e. Setiap peserta layak untuk memenangi satu (1) hadiah sepanjang Tempoh Peraduan.
    f. Kesemua hadiah mestilah dituntut oleh pemenang dalam tempoh sembilan puluh (90) hari selepas tarikh pemberitahuan. Semua hadiah yang gagal dituntut sembilan puluh (90) hari selepas tarikh pemberitahuan akan dilupuskan oleh pihak Penganjur.
    g. Peserta dikehendaki untuk mengemukakan bukti pengenalan diri semasa atau sebelum penuntutan hadiah sebagai pengesahan. Bentuk-bentuk bukti pengenalan diri yang diterima oleh pihak Penganjur adalah seperti berikut: Kad Pengenalan Malaysia/Lesen Memandu. Pihak Penganjur berhak untuk membatalkan kelayakan peserta/pemenang atas kegagalan dalam mengemukakan bukti pengenalan diri..
    h. Pihak Penganjur berhak untuk menggantikan hadiah dengan hadiah-hadiah lain yang lebih kurang sama nilainya tanpa sebarang notis. Semua hadiah tidak boleh ditukar milik, tidak boleh dikembalikan dan tidak boleh ditukar untuk wang tunai atau apa-apa format atas sebarang sebab. Nilai hadiah adalah betul pada masa pencetakan. Semua hadiah diberikan dalam 'keadaan sedia ada'.

     

     

    7. Pihak Penganjur dan syarikat-syarikat yang terlibat dalam Peraduan ini tidak akan dipertanggungjawabkan untuk sebarang kelewatan, kegagalan penghantaran dan/atau gangguan mesej WhatsApp dan tidak akan dipertanggungjawabkan untuk sebarang penggunaan telefon bimbit atau akaun pelanggan yang tidak dibenarkan sepanjang Peraduan ini.

     

     

    8. Para pemenang akan menanggung liabiliti dan tanggungjawab sepenuhnya jika berlaku sebarang kemalangan, kecederaan, kerosakan atau tuntutan akibat penyertaan dalam Peraduan ini.

     

     

    9. Dengan menyertai Peraduan ini, peserta memberi keizinan untuk memberi maklumat peribadinya dan pihak Penganjur berhak menyiarkan, menggunakan nama dan/atau gambar pemenang serta penyertaan mereka untuk tujuan publisiti, pengiklanan dan/atau perdagangan tanpa sebarang bayaran pampasan mahupun pemberitahuan dan setiap peserta tidak berhak membuat sebarang tuntutan ke atas penggunaan penyertaan tersebut oleh pihak Penganjur.

     

     

    10. Pihak Penganjur mengumpul maklumat peribadi yang boleh dikenal pasti untuk memberi perkhidmatan-perkhidmatan atau untuk berhubung dengan peserta. Maklumat ini disimpan oleh pihak Penganjur dalam kaedah yang sesuai dengan data tersebut dan digunakan untuk memenuhi permintaan peserta. Dengan mengemukakan maklumat peribadi peserta, pihak Penganjur menganggap bahawa keizinan telah diberi kepada pihak Penganjur dan/atau agen-agen yang dilantik olehnya untuk menggunakan maklumat ini bagi tujuan pemasaran dan promosi yang terkini dan di masa hadapan serta untuk menambahbaikan produk-produk dan perkhidmatannya. Sekiranya peserta memaklumkan pihak Penganjur melalui admin@redbull-malaysia.com.my bahawa maklumat tersebut tidak patut digunakan sebagai asas untuk hubungan seterusnya, pihak Penganjur akan menghormati permintaan peserta. Maklumat peserta tidak akan diberi atau dikongsi dengan syarikat-syarikat/rakan-rakan lain untuk kegunaan bebas mereka.

     

     

    11. Dengan menyertai Peraduan ini, setiap peserta harus bersetuju untuk mematuhi Terma dan Syarat rasmi yang ditetapkan serta segala keputusan muktamad pihak Penganjur.

     

     

    12. Pihak Penganjur berhak untuk meminda, membatal atau mengubahsuai Terma dan Syarat Peraduan atau membatalkan Peraduan ini tanpa memberi sebarang notis terlebih dahulu dan para peserta dianggap telah bersetuju dengan segala perubahan tersebut.

     

     

    13. Keputusan pihak Penganjur adalah muktamad. Sebarang surat-menyurat berkaitan dengan keputusan pihak Penganjur tidak akan dilayan.

    All Posts
    ×